Khamis, 19 Ogos 2010

9 Ramadhan..

Diam tak diam dah 9 hari kita berpuasa.  Terlalu cepat masa berlalu.  Itu menunjukkan masa tak menunggu kita..kita yang terpaksa mengejar masa..kalau tak dikejar kita yang rugi...Ermmm..aku nak citer pasal apa erk..blog aku ni klau tak citer pasal anak2 aku tak sah..Semalam masa berbuka Angah kata esok (arini lah) dia tak nak poser.  Aku tanya kenapa? Sebab Angah dah poser penuh 8 hari.  Dia kata tak larat...kesian gak.  Tapi kalau dia tak poser, dia bukannya makan nasi, makan mender yang tak patut.  Aku kata kalau Angah tak poser, nanti ibu tak nak belikan kepak ayam lagi..sebab itu makanan kegemaran dia waktu berbuka..tak nak belikan air tembikai susu lagi.  Last2 dia kata, dia nak poser esok.  Hari ni lak bila aku turun nak pegi beli lauk berbuka, kepak ayam tur tak ada lak..tak tau ler Angah nak makan apa berbuka nanti..Angah lain sikit..itu jer satu lauk yang dia makan waktu berbuka.  Along lak, suka sangat makan lala ngan siput sedut.  Itu lah lauk Along hingga bersahur.  Angah masa sahur makan roti john ngan secawan milo jer..nasi tak sentuh langsung. 

2 ulasan:

  1. salam kenal.

    owh camtu eh anak2 dah ade menu2 faveret masing2...
    sorang ske kepak sorang ske siput sedut.. hehehe

    BalasPadam