n3 kali ni aku nak citer pasal majlis kenduri kahwin adik aku pada 12 Jun 2010 (Sabtu). Aku amik cuti 3 hari mulai hari Khamis hingga Isnin. Penatnya tak usah cakap ler..tak larat nak bawak kaki dah. Start hari Khamis dah sibuk dah kat umah. Kat kampung aku hari Khamis orang kata pasang 'rembat' atau khemah. Ada makan tengahari ngan petang. Hari Jumaat lak orang datang nak masak makan malam. Hujan lak turun. Sian hubby aku ngan abang ipar kena goreng ayam. Niat hati nak tengok pembuakaan piala dunia...tapi diaorang lak kena goreng ayam..dalam hujan2 lebat. Aku lak dalam hujan2 kena basuh pinggan. Kalau tak basuh tak der lah pinggan nak makan. Hujan rahmat kot..mujur hari kenduri tak hujan. Penat gila usah nak kata, maklumlah adik sorang jer pompuan yang tinggal..yang lain laki2. Masa kenduri anak aku yang pompuan jadi flower girl..konon2nya. Yang lelaki bawak bunga manggar jer. Nak jadi citer..aku tak test dulu kasut yang anak aku kena pakai masa jadi flower girl tur. Bawak jer balik kampung..masa hari nak pakai tur..tak muat..kaki dah tembam..nak tak nak terpaksa ler pakai kasut sport..tengok jerlah gambar kat bawah nanti..kelakar pun ada..dah lah tunggu pengantin bersiap lama sangat..dia dari pagi dah siap..last2 sekejap jer jadi flower girl..rimas ngan cekak bunga2. Hubby aku biasalah deejay tak berbayar..mic tur dia jer yang pegang..tak ada orang lain..dah memang tak ada orang nak karaoke..tapi tak apalah meriah gak ...So layan jer lah gambar kat bawah ni...
Sibuk menggoreng ayam ...basah baju kena hujan..
Hero aku ngan sepupu...
Sampai ke tulang makan ayam..
Bilik pengantin..sewa gak..
Anak aku yang jadi flower girl...
Suruh jer posing macamana...
Rajin mesin kelapa...buat2 rajin..rumah mertua
Adik ngan ayah ..akad serah wali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan