Alhamdulillah ... semua anak2 dah ada kat KL. Cuti tahun baru hari tu balik kampung ambil diaorang. Sepatutnya cuti Krismas ambik diaorang ... tapi disebabkan banjir melanda kampung dan menyebabkan jalan kedua2 hala menujuk ke kampung aku tak boleh lalu ... terpaksa tangguhkan dulu. Dalam hati tur risau jugak .. sebab bekalan makanan kat rumah mak dah nak habis. Walaupun rumah mak tak kena banjir .... tapi keadaan dah jadi macam pulau .. tak boleh nak pergi ke mana2. Nak keluar pekan Kuala Krau ngan Jerantut pun tak boleh sebab dah naik air. Hari2 telefon kampung, sampai satu tahap dah tak boleh nak telefon sebab line tak ada ngan elektrik tak ada. 3 ke 4 hari jugak tak dengar khabar berita diaorang kat kampung.
|
Jalan nak ke rumah .... tak boleh lalu |
|
Jalan dari Pekan Kuala Krau |
|
Jalan runtuh nak menuju ke Jerantut |
Masa balik hari tur air ngan elektrik still tak ada lagi. Jadinya berlilin jerlah n mandi pun kat telaga. Telaga tur pun telaga yang dah lama tak guna selepas air paip ada kat kampung. Kalau tak masa kecik2 dulu kat situ ler mandinya. Syahir sampai demam2 .. mandi air telaga. Sejukkkkkkkkk........
|
Berendam .... |
|
Orang kuat cedok air .. hihihi |
|
Eyahhhhh.... |
|
Angkat .. jangan tak angkat ..... |
|
Naik kereta nak pergi mandi ... hihihi |
|
Berendam lagi .... |
|
Tak nak balik sebab nak mandi n berendam ... mana nak dapat kat KL mandi perigi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan