Selasa, 23 Disember 2014

PT3 Oh PT3

Alkisah nak citer pasal PT3.  Dulu SRP zaman aku ... pastur PMR ... sekarang PT3.  Lepas ni tak tau ler apa lagi.  Semalam dah keluar result PT3.  Walaupun tak ada anak nak amik result tur, tapi aku rasa gak debarannya bila nak amik result.  Lagipun ini kali pertama ujikaji keberkesanan PT3.  Dengar2 keputusan merosot.  Mungkin alasan baru kali pertama diadakan.  Pelajar belum didedahkan sepenuhnya dengan PT3.  Tapi kesian lah dengan pelajar2 yang mengharap kan yang terbaik tapi dijadikan bahan ujikaji lak.  Anak aku tahun depan akan hadapi benda yang sama kalau PT3 ini masih diteruskan.  Aku pun kurang faham tentang sistem pembelajaran sekarang yang semakin ke hadapan dan ingin bersaing dengan negara luar yang sememangnya dah sedia maju.  Rasanya biarlah macam dulu.  Aku bukannya tak sokong pembaharuan, tapi bila beban tur pelajar yang hadapi ... rasanya tak perlu untuk membuat perubahan secara mendadak.  hihihi...

NEGARA

Pelajar dapat semua A merudum

Sebahagian calon PT3 ditemani ibu bapa masing-masing mengambil keputusan PT3 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dikeluarkan semalam bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, bahkan menimbulkan tanda tanya apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan