Hari Khamis ni cuti Krismas. Dah apply cuti sampai hujung minggu. Nak ambil anak2 di kampung. Kebetulan pulak sekarang ni musim banjir. Alhamdulillah ... rumah kat kampung tak pernah lagi banjir. Cuma takut gak jalan di pekan yang nak menuju ke kampung dinaiki air. Kalau jalan tur ampuh dek air ... alamatnya ... tak ada jalan lain nak masuk kampung. Dengarnya air semakin naik. Sungai Pahang pun semakin naik .... Hujan tak berhenti2. Kat KL pun sama ... dari semalam hujan sampai ler hari ini .. hujan renyai2. Sekejap berenti ... sekejap hujan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan