Khamis, 14 November 2013

Tahniah Kak Lang

Dah 2 minggu tak membebel kat blog ni.  Sibuk yang disengajakan dan tak sengaja.  Lebih2 lagi Intan Payung Syahir baru habis demam ... bukan dia saja yang demam ... kakak dia pun demam sama.  Hari Jumaat baru2 ni pun aku EL sebab nak jaga dua2 tur kat rumah.  Nak hantar rumah pengasuh tak sampai hati lak.  Sebab bila dia demam ... asyik nak berkepit jer.  Tak boleh nak bangun sikit ... mesti merengek.  Alhamdulillah .... dua2 dah sihat, cuma batuk jer sekarang ni.  Bangun pagi2 mata sebelah kiri tak boleh nak bukak sebab bertempek ngan tahi mata.  Panas dalam agaknya ... sebab nak kata mata merah sebab sakit mata ... tak pulak.  Nak kata demam ... badan tak panas .. cumanya kepala jer rasa cam suam2 sikit.  Ubatnya letak susu badan jer kat mata tur.  Petua orang dulu2...kena amalkan.  Ada betulnya gak.  

Hari ni ada anugerah kecemerlangan kat sekolah agama Kakak .... bawak balik surat semalam sebab dia pun tersenarai dapat hadiah prestasi meningkat.  Tahniah Kak Lang ... ada usaha, ada kejayaannya ... walaupun, hari tu MC sebulan sebab kakinya xcident .... Insha Allah, hari ni ibu ngan abah datang sekolah kakak.  

Tahniah Kak Lang ... (gambar lama)
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan