Sini sana sibuk pasal PRU13...PRU13...tak habis lagi. Blackout lah...pengundi hantu...SPR tak telus...jari dah hilang cat...jari ada cat lagi...macam2 lagi..lantak lerrrr....biorlerrrrr....Aku pun dah selesai mengundi. Baru first time mengundi...hahaha..kalau tak kena paksa mendaftar, haruslah sampai sekarang aku tak mengundi lagi. Bila fikir2..politik ni kotor. Takut memilih yang salah..Aku mengundi kat kampung...Dun Jenderak..Parlimen Kuala Krau...Balik kampung hari Sabtu...nak balik hari Jumaat, tau-tau jerlah..jem giler...katanya mengalahkan balik raya lagi..amik ko...ada yang berbelas2 jam baru sampai kampung. Idok ler aku nak macam tur..nak pulak bawak baby kecik...Pagi2 Ahad tur..mandikan si kecik Intan Payung Syahir...siap2 nak pergi mengundi gak...kononnya dah pagi sesangat siapnya..tapinya bila sampai kat tempat mengundi...ramai lak berbarisnya. Tapi idok ler macam kat sesetengah tempat kena berbaris berjam2...cuaca pun elok jer..Lepas mengundi, balik terus ke KL sebab Incik Aidil nak mengundi lak kat Ampang...bila Incik Aidil tanya "awak mengundi apa tadi"...aku jawab "Undi adalah rahsia"...hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan