Khamis, 17 Mei 2012

Hilangnya Doa Seorang Ibu...Best

Malam tadi tengok TV9 citer Hilangnya Doa Seorang Ibu..memang best sangat.  Sampai menangis2 aku.  Seeloknya anak2 aku pun kena tengok..tapi diaorang tidur awal..Angah pukul 8.30 dah tidur..katanya pening kepala..Ikah pun sama..tertidur gak dengan Angah..Along pergi tuisyen..Aku ngan Incik Aidil jerlah tengok.  Memang ada kebenarannya citer tur...mulut kita kena jaga.  Jangan ego dan bongkak bila dah mencapai kekayaan..jangan kedekut ngan adik beradik...Jangan melawan suami...semuanya ada dalam citer tur...citernya lebih kurang camni...Laila (Lisdawati) seorang muslimah moden yang berjaya menjadi usahawan dengan usaha sendiri.  Namun walaupun bertudung bagai dan tidak meninggalkan solat, Laila tidak hormat pada keluarganya sendiri kerana lebih berjaya dan kaya dari adik beradik yang lain.  Doa ibu memang mustajab, Laila sering meminta ibunya, Zubaidah doakan dia berjaya dalam bisnes.  Dalam pada itu, Laila sering mengutuk dan memaki abang dan adiknya yang kesempitan hidup dan tidak berusaha sendiri.  Sampaikan mak dia hendak pergi Haji pun dia asyik suruh berdoa untuk dia dapat tender 5 juta.  Last2 memang dia dapat tender tur..tapi disaat gembira kerana dapat tender tur, dia jatuh sakit.  Kena strok dan mulut berulat...Allah nak tunjuk sekejap jer...Selama mak dia ke Mekah..memang tidak dapat dihubungi kerana sebelum tur Laila asyik telefon untuk mengingatkan maknya tentang doa tur...sampaikan mak dia nak beribadat pun terganggu.  Akhirnya mak dia meninggal di Mekah dan anak2 sebelum tur tidak tahu mak mereka telah meninggal dunia..Semasa Laila tidur dia nampak mak dia bawak air zam2..sapu kat muka Laila..dan mengampunkan dosa2 Laila...Mulut Laila kembali sembuh dan telah menyesal di atas perbuatannya...

Kalau korang tengok sendiri mesti best..nanti download online..mesti ada.  Kalau aku story cam tak best jer...hahaha


Tiada ulasan:

Catat Ulasan