Selasa, 21 September 2010

Kembali BerN3

Hari ni dah 2 hari aku masuk kejer.  Ingat semalam nak wat post baru..tapi tak berkesempatan.  Ada meeting lak  Hari ni ada waktu lapang, leh ler citer apa2 yang patut.  Aku tak wat auto publish so kena lah tunggu masuk ofis baru leh citer.  Lagipun time lunch ni aku tak g makan coz poser..nak jadi citer, anak2 aku kat umah pun nak poser.  Angah siap merajuk lagi sebelum pegi sekolah.  Dia kata dah baca niat.  Bila aku tanya baca niat puasa ganti ke puasa sunat?  macam ler angah faham puasa sunat ngan ganti tur apa  Rupa2nya dia baca niat puasa bulan Ramadhan.  Sian lak aku.  Aku kata esok lah angah poser, hari ni tak yah lah.  Angah tak sahur, semalam pun makan nasi sikit.  Dia tak cakap apa2.  Muncung jer..Ntah ler napa dia suka berpuasa, padahal kalau dia berpuasa dia melepek terus balik dari sekolah, siap nak nangis lagi.  K lah tur citer pagi tadi...aku nak wat n3 pasal aku raya kat Perak lak...

Aku mula start cuti hari Khamis (sehari sebelum raya).  Aku kemas barang ngan rumah dari pagi.  Hubby aku kejer.  Bila hubby balik, barang sumer dah ready.  Anak2 aku dah tak sabar nak balik kampung.  Bertolak dalam kul 3 dari rumah.  Ingat nak bawak bekal untuk berbuka puasa, tapi penat lak nak masak.  Hubby kata beli KFC jer nak berbuka poser...hubby tak speed pun, sebab jalan tak jem.  First time balik raya jalan tak jem.  Orang ramai dah balik sebelum tur kot.  Kalau ikut kan sempat berbuka puasa kat kg.  Tapi disebabkan dah beli KFC kat Hentian Tapah...berenti tunggu berbuka kat Hentian Sungai Perak.  Dalam kul 6 lebih kami kat Hentian Sungai Perak.  Berbuka poser kat Petronas..ramai gak yang lepak kat situ.  Sampai kat kg hubby aku kul 8 lebih.  Tak ramai pun kat rumah Mak Yong hubby, yang ada cuma Along, Chu Pa, Ayu n Suhada.  Tur jer.  Mujur ada anak2 aku, riuh gak rumah tur.  Kalau tak sunyi sepi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan