Minggu depan dah nak Raya. Sekejap jer rasa bulan Ramadhan. Anak2 aku tak sabar nak tunggu raya. Tahun ni Angah ngan Along tinggal puasa 2 hari. Tak larat masa balik kampung hari tur. Tak apalah..baru belajar berpuasa. Anak dara aku lak, tiap2 malam baca niat puasa..tapi tak puasa pun. Baju raya anak2 sumer dah beli. Hari Isnin lepas malam tur pergi JJ kat Setiawangsa. Boleh tahan gak ramai orang. Angah ngan Along ok jer pilih baju. Bila sampai part nak pilih baju anak dara aku, sumer tak muat. Kena amik umur budak yang 7 tahun ke atas. Bila sarung seluar lak, tang kaki sampai peha muat..bila sampai tang perut...dah tak muat..susah betul nak cari seluar. kesian tengok dia..terpaksa kempiskan perut. Bila test jer seluar, mulut dia mulalah bebel..'ibu, perut ni besar sangat'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan