Khamis, 12 Ogos 2010

Terkenang Semasa Dulu...

Macam biasa seperti tahun2 yang lepas aku masa bulan puasa aku yang paling lambat balik dari ofis.  Sumer officemate dah balik.  Hubby aku tetap tak boleh balik awal, orang pompuan jer yang boleh balik awal.  Orang lelaki balik cam biasa.  Ntah apa2, bagi ler balik awal sekali sekala, ingat pompuan jer nak masak, laki2 tak yah nak amik orang orang umah yang jantinanya sudah semestinya pompuan untuk memasak.  Hari2 beli lauk kat luar.  Tak sempat nak masak.  Sampai kat umah kul 6 lebih.  Masak nasi ngan wat air.  Kadang2 air pun beli...kira2 bulan poser ni aku rilek dari memasak.  Hujung minggu jer masak...Teringat masa kat kampung..kalau aku ngan adik beradik lain ada..mak tak turun ke dapur..serah bulat2 kami adik beradik memasak.  Cuma tanya mak cara2 nak masak.  Nak bubuh apa lepas ni, lepas tur.  Paling best bila wat ayam percik, sedapppp...ayam percik mak aku memang sedap.  Mak pernah wat jual masa bulan poser.  Masa tur aku sekolah lagi, bakar ayam ngan arang...bau dia yang tak tahan tur..kesian mak cari duit nak sekolah kan aku adik beradik.  Nak harapkan duit ayah motong getah mana nak cukup..Adik beradik ramai nak sekolah...Kadang2 mak jual kuih kacang ngan kuih pulut panggang.  Kuih mak memang best..sampai orang datang umah nak beli..tak pernah cukup kuih mak...Kami adik beradik kadang2 bergaduh sebab ada turn kena cari lidi nak cucuk kat kuih pulut panggang, nak cari daun pisang, nak layur daun pisang atas api, lap lepas tur kerat ngan gunting ikut acuan mak buat.  Nak wat inti kena kopek ikan bilis lak.  Sumer tur mak ajar kami. adik beradik.  Mak kukus pulut malam.  Mak bangun pagi2 nak bakar kuih...kesian mak.  Kadang2 mak jual cendol ngan abc depan umah.  Kami adik beradik bergaduh gak nak jaga kedai.  Cendol mak wat sendiri, cari daun pandan, masak atas api arang.  Sumer mak wat sendiri...sebab tur cendol mak sedap.  Bukan cam cendol sekarang, tak rasa apa2.  Sumer tur kami adik beradik rasa masa kami sekolah.  Sekarang tak lagi, sumer anak mak dah bekerja.  Tinggal yang bongsu jer masih sekolah kat Politeknik.  Besar pengorbanan mak ngan ayah untuk menyekolahkan aku dan adik beradik aku hingga berjaya...Walaupun aku tidak belajar hingga ke peringkat tinggi, tapi aku bersyukur berkat usaha aku, aku telah berjaya dengan apa yang Allah kurniakan.  Aku bersyukur. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan