Aku tak pernah citer pasal jiran rumah aku. So aku citer serba sedikit erk... Tuan tanah wat umah sewa 3 pintu. 1 pintu aku, 1 pintu orang Indon baru sewa (sebelum ni pun Indon gak) dan 1 pintu orang Melayu cam kita. Dah lama kenal ngan si lelaki, pernah tolong bawak hubby g spital masa kena operate sebab apendik dulu. Tetiba, jadi lain sekarang. Lain pun selepas kawin ngan si minah Indon. Tak tau ler kena buat ke tak. Tengok mata kasar cam kena jer. Ada ke patut, sebelum ni si minah Indon tuduh jiran lama aku buat sihir kat si laki dia. Tak tahan dengan fitnah si minah Indon tur, akak tur pun pindah umah. Padahal si minah Indon tur kawan baik akak tur..senang cakap kawan makan kawan ler...Aku tak percaya langsung akak tur ada ilmu sihir. Sebab aku dah lama kenal akak tur. Tak pernah kacau orang pun. Selepas akak tur pindah, lain lak jadinya. Aku lak dia tuduh wat sihir kat dia. Tak cukup ngan tur, dia canang kat jiran2 pasal aku wat dia guna batu sihir yang dia dok gali keliling rumah. Padahal batu tur dah berpuluh tahun dok kat situ, semenjak aku menyewa masa bujang lagi. Sekarng ni dia pantang jumpa batu, asal jumpa batu kata aku yang wat. Kalau ikutkan hati aku dah lama aku bergaduh ngan dia. Tapi aku bukan jenis cam tur..tak suka gaduh2. Jiran2 tak percaya cakap dia, sebab dah tau perangai dia memang cam tur. Tak best ler hidup berjiran cam ni, serba tak kena. Nak kuar umah pun diperhatikan. Mengintai dari umah. Tak privacy langsung...dia ingat aku nak tanam sihir ler tur. Manusia, manusia. Ada gak macam tur, sanggup hidup berkurung...tapi mengintai dari umah. Malam2 lak, siram minyak tanah keliling umah. Ntah apa yang dijampinya pun tak tau. Ngan kapur putih kena kat keter ngan motor..sampai anak2 aku pun dah takut nak main kat luar umah. Jakun sangat kot dapat kawin ngan orang Malaysia. Sampai bila jadi cam ni ntah ler...nak beli umah tak jumpa umah lagi...Sabar jer lah...semoga keluarga aku dalam pelindungan Allah swt selalu hendaknya. Amin.
|
Gambar Hiasan semata2...
|
sedih baca rintihan pasal jiran ni. bykkan bersabar. kalo tuhan tu nak tunjukkan, org yg wat kita tu akan kena balik..
BalasPadam