Selasa, 23 Disember 2014

PT3 Oh PT3

Alkisah nak citer pasal PT3.  Dulu SRP zaman aku ... pastur PMR ... sekarang PT3.  Lepas ni tak tau ler apa lagi.  Semalam dah keluar result PT3.  Walaupun tak ada anak nak amik result tur, tapi aku rasa gak debarannya bila nak amik result.  Lagipun ini kali pertama ujikaji keberkesanan PT3.  Dengar2 keputusan merosot.  Mungkin alasan baru kali pertama diadakan.  Pelajar belum didedahkan sepenuhnya dengan PT3.  Tapi kesian lah dengan pelajar2 yang mengharap kan yang terbaik tapi dijadikan bahan ujikaji lak.  Anak aku tahun depan akan hadapi benda yang sama kalau PT3 ini masih diteruskan.  Aku pun kurang faham tentang sistem pembelajaran sekarang yang semakin ke hadapan dan ingin bersaing dengan negara luar yang sememangnya dah sedia maju.  Rasanya biarlah macam dulu.  Aku bukannya tak sokong pembaharuan, tapi bila beban tur pelajar yang hadapi ... rasanya tak perlu untuk membuat perubahan secara mendadak.  hihihi...

NEGARA

Pelajar dapat semua A merudum

Sebahagian calon PT3 ditemani ibu bapa masing-masing mengambil keputusan PT3 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dikeluarkan semalam bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, bahkan menimbulkan tanda tanya apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.

Banjir OH Banjir

Hari Khamis ni cuti Krismas.  Dah apply cuti sampai hujung minggu.  Nak ambil anak2 di kampung.  Kebetulan pulak sekarang ni musim banjir.  Alhamdulillah ... rumah kat kampung tak pernah lagi banjir.  Cuma takut gak jalan di pekan yang nak menuju ke kampung dinaiki air.  Kalau jalan tur ampuh dek air ... alamatnya ... tak ada jalan lain nak masuk kampung.  Dengarnya air semakin naik.  Sungai Pahang pun semakin naik .... Hujan tak berhenti2.  Kat KL pun sama ... dari semalam hujan sampai ler hari ini .. hujan renyai2.  Sekejap berenti ... sekejap hujan.  

Selasa, 16 Disember 2014

Selesai Berkhatan Kena Kayap

Selesai sudah Angah berkhatan ... mujur tak ada apa2.  Tak menangis pun cuma dia bagitau bila dah siap berkhatan tur pening dan macam nak muntah.  Si kecik Syahir pn macam tau jer anak dia sakit.  Tak kacau n ajak main.  Sesekali tu ada lah.  Tapi bila cakap jangan kacau Angah ... Angah sakit ... Angah kena potong ... hahaha....Hari Sabtu berkhatan, hari Rabu balik kampung.  Tetiba lak, kena kayap kat badan.  Ingat gatal kena apa .. bubuh ubat jer.  Tapinya, tetiba banyak lak biji2 berair.  Memang macam kayap ular.  Meremang gak bulu roma.  Mujur dah ada kat kampung.  Sebab ada orang buat air jampi gak untuk penyakit kayap ni.  Tak pergi klinik pun.  Cuma bawak 3 kali berubat.  Alhamdulillah..dah nak hilang.  

Mujur baru sikit 

Dah kena gelek tepung

Jumaat, 5 Disember 2014

1 Hari Lagi

Esok 6hb...Angah dah nak bersunat.  Malam tadi, belanja makan Pizza dan KFC..ikut permintaan.  Sebab lepas tur kena pantang ... tak boleh makan..hihihi...Dalam bilik pun dah buat tempat gantung kain .... Dulu, masa Along bersunat tak ada adik kecik ... jadi nak baring tengok TV pun senang ... Lar ni ada si kecik yang tengah buat perangai lompat2 ... nak pulak selalu main dengan Angah .. tak tau macamana tur.  Along dulu, lepas jer keluar dari klinik ... terus nangis ... sakit kot ... harap2 Angah tak macam tur.  
Angah yang memang lain dari yang lain ... diam2 ubi berisi ....


Isnin, 1 Disember 2014

Perihal Budak Kecik



Budak kecik ni dah lain perangainya.  Maklum ler nak jadi abang..hihihi...Tapinya memek tetap tak boleh tinggal. Kesian pulak bila tengok muka, kalau tak bagi.  Tapi sekarang ni, makin teruk nak mengempengnya ... asyik nak bawah ketiak jer.  Penat gak ... Menggigit masih lagi ... kadang2 lebam2 aku kena gigit.  Gigi dah banyak ... sengaja gigit.  Tengah main2 gigit ... tak kira tempat.  

Kadang2 (banyak betul kadang2)... aku larikan diri kalau dia nak memek..sebab sakit ... tapi bila dengar dah nangis ... tak tahan gak dengarnya.  

Program Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah start...apa plan korang???Aku???Tak ada plan apa2.  Cumanya 6hb. nanti Angah nak berkhatan.  Jadinya plan amik cuti jerlah untuk balik kampung.  Along dah lama balik kampung...tinggal adik2nya kat KL ni.  Adik2nya akan balik 10hb. nanti selepas Angah berkhatan.  Dah tempah tarikh kat Klinik KITA, Taman Watan.  Bayaran RM150 .... 

Ingatkan tahun ni cuti sekolah nak hantar Along n Angah pergi kem mana2 yang murah.  Tapi bila google semuanya mahal2 belaka.  So...kenalah tangguh lagi.  Niat tur dah lama nak hantar supaya tak membazir masa cuti sekolah ni.  Tapi bila tengok ratenya RM200 +++ seorang ... mana maunya.  Yang free tak ada lak....hihihi...