Khamis, 15 Ogos 2013

Susu Merudum..Power Pumping

Lepas raya ni susu badan dah merudum.  Stok EBM pun dah habis..sekarang ni buat stok hari2.  Mujurlah Intan Payung Syahir dah makan puri ngan bubur nasi.  Kurang menyusu...tapi kesian gak..hari ni hantar rumah pengasuh 9oz jer...Maknanya 3 kali penyusuan...Baca blog2 ibu menyusu..cara terbaik kalau nak banyakkan susu..buat power pumping..sekarang tengah try...

Kawan2 tau ker poper pumping tur apanya????...Power Pumping tur kena buat 1 jam...Panjang sangat nak taip teknik power pumping..aku copy paste dari sini

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10 minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10 minit dan bertukar semula ke breast kanan 10 minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1 jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10 minit. Kemudian rehat atau stop pam 10 minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10 minit dan rehat semula 10 minit. Teruskan sehingga 1 jam.

Saranan Waktu Mengepam?

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?

Pertama sekali..kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

1 ulasan:

  1. Perkongsian yang sangat menarik. Sekarang ni ramai juga ibu-ibu yang ambil jalan mudah. Baby tak nak menyusu badan, cepat je suakan dengan susu formula. Kesian baby..

    Penyusuan susu ibu adalah terbaik.
    htt://umminiena.wordpress.com

    BalasPadam