Curi2 masa jengok blog jap. Sibuk tak ingat dunia..hahaha...Masuk hari ni dah 2 hari tak berenti buat kerja..dah macam pejabat pos ofis ni. Aku handle bab memasukkan, menampal alamat, gam, susun. Yang member lain bab fotostat, tulis nombor siri. Nak tau ker aku wat apa..buat kajian soal selidik tentang pemakaian baju batik di kalangan penjawat awam. Ada 8,000 borang semuanya untuk 8,000 kakitangan awam di Lembah Klang. Amik ko..muka pun dah tak mahu senyum dah. Orang tegur pun pandang sipi2 jer. Sebab masa tur amat berharga bagi aku. Jam pun macam laju jer jalannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan