Esok aku start cuti adik kawin. Balik kampung..Pahang. Hari ni aku hot gak kat ofis..apa taknya..baju yang aku tempah ngan pengusaha kat Kelantan tak sampai2. Katanya dah pos laju hari Isnin. Kalau ikutkan memang dah sampai. Tunggu2 tak sampai gak. Gerammmmmnnnyaaa...cam nak nangis jer..dah nangis pun..Baju tur aku tempah untuk adik beradik aku pakai masa kenduri nanti...kira sama color ler...sampai la ni dan saat aku menaip n3 ni haram ada..kecewanya aku..tak ada rezeki kot adik beradik lelaki aku..terima jerlah qada dan qadar walaupun hati terasa bagai nak ...tak tau nak kata apa. Esok aku akan balik tanpa baju tur..sian adik2 aku..adik beradik pompuan sumer dah siap bajunya..Kenduri kali ini nak pakai sedondon sebab tak pakai sebelum ni..ni kenduri adik pompuan aku sorang tur jer..dan adik pompuan yang terakhir..kalau kat kampung, belah pompuan meriah ckit..Jadi aku akan sambung n3 aku ni hari Selasa kot..sebab aku cuti sampai hari Isnin..cam aku jer yang kawin..hahahah..
Rabu, 9 Jun 2010
Selasa, 8 Jun 2010
Citer Semalam
Hari ni nak citer tentang hari semalam. Hari semalam balik dari ofis hubby aku suruh aku format balik memory card hp dia sebab kawan dia ntah wat camner jadi lain. So sebelum aku format tur aku dah backup sumer data yang ada dalam memory card dia tur kat pc. Bila dah siap format aku masuk balik segala macam yang aku backup tur dalam memory card dia balik...bila check balik sumer ada dan jadi sedia kala balik. Tetapi...ada satu jer yang kurang..video dalam memory card dia sumer hilang. Kosong dalam fail tur. Aku pun tak tau camner jadi cam tur. Hubby cam marah ckit kat aku..sian gak tengok muka dia coz video tur tak pindah lagi masuk pc. Ada video masa aku gi genting ngan video masa hubby aku g demonstrasi GAZA kat Tabung Haji. Video tur ler yang paling dia sayang. Nak wat camner..aku pun tak tahu camner leh tak ada. Padahal sumer aku dah backup kat pc. Aku kata le nanti wat ler balik demonstrasi tur...dia kata mana nak sama..mana ada demonstrasi lagi...aku pujuk ler ckit2. Sebab aku pun dah betulkan balik memory card dia jadi sediakala. I'm sorry darling...
Isnin, 7 Jun 2010
Return Back...
Hari ni masuk ofis balik. Aku cuti dari hari Jumaat lagi. Jumaat MC. Tu pun hubby aku yang tak bagi pegi suruh MC dok kat umah. Sebab kat ofis sejuk, nanti demam makin teruk. Hari ni pun masuk ofis badan cam melayang2 lagi. Tekak pahit. Telan ayor liur pun pahit. Mata cam layu jer..cam nak mc lagi jer. Masuk ofis member sebelah cuti lak. Bos pun tak ada g Sarawak. Kejer tak ada lah banyak. Settle mana yang patut. Sebab pasni nak cuti lama ckit. Nak balik kampung. Anak2 aku tak sabar2 nak balik kampung. Hari2 tanya bila nak balik kampung ibu,bila nak balik kampung ibu. Dah lenguh mulut menjawabnya. Sampai suruh telefon aki diaorang kat kampung suruh amik diaorang naik bas. Kesian kat aki diaorang. Aku kata tak payah amik, ayah aku bukannya larat nak naik turun bas. Tunggu jer lah hari Khamis nanti...balik ngan aku sekali.
Khamis, 3 Jun 2010
Komputer Kong...
Pagi2 lagi komputer kat ofis wat perangai..nak bukak fail pun berjam2 baru leh bukak..naik fade-up aku..kena masuk ICU kot komputer aku ni.
Demam
Hari badan tak sihat..dari semalam lagi rasa nak demam. Last2 demam betul. Dah lama tak demam. Malam tadi g klinik doktor cakap dalam mulut aku ada tonsil..bengkak gak..doktor bagi ubat antibiotik ngan demam. Hubby aku suruh mintak mc sebelum masuk bilik doktor, tapi mulut aku biasalah berat sikit nak mintak mc. Kalau doktor tak offer mc haram ler aku nak mintak. Dok ofis aircond lak, lagi ler rasa cam dalam peti ais...makan ubat berpeluh jap..dah habis ubat demam balik..dugaan Allah..terima jerlah dengan seadanya..kita ni bukan selamanya sihat...
MARI PAKAT RAMAI2 JOIN
Giveaways =)
Aku baru belajar nak masuk giveaway kat blog. So giveaway pertama yang aku masuk hari ni ialah kat blog http://balqyys.blogspot.com (selipar jepun pink). Jadi sesapa yang nak join leh ler...
syarat penyertaan,just live a comment kat giveaway kat blog http://balqyys.blogspot.com n sebarkan giveaway ni kat your blog =) simple,rite??
penyertaan hanya sampai 30 june 2010...
undian akan dibuat pada 1 julai 2010 =)
HADIAH DIA MENDER YANG KAT ATAS TUR LER..SO CUTE.ada harapan ke blog aku ni...
Aku baru belajar nak masuk giveaway kat blog. So giveaway pertama yang aku masuk hari ni ialah kat blog http://balqyys.blogspot.com (selipar jepun pink). Jadi sesapa yang nak join leh ler...syarat penyertaan,just live a comment kat giveaway kat blog http://balqyys.blogspot.com n sebarkan giveaway ni kat your blog =) simple,rite??
penyertaan hanya sampai 30 june 2010...
undian akan dibuat pada 1 julai 2010 =)
HADIAH DIA MENDER YANG KAT ATAS TUR LER..SO CUTE.
Rabu, 2 Jun 2010
Hoooliday...Genting Hinglands
Cuti 3 hari ingat nak balik kampung coz nak wat persiapan kenduri kahwin adik nanti. Tapi hubby ajak g Genting. Memang dah lama rancang...ingat main2. Kadang2 apa yang dirancang tak pernah jadi. Tapi kali ni hubby kata jadi sebab dah lama janji ngan anak2 nak gi sana. Selalunya tengok dari Highway jer bila balik kampung. Nama jer orang Pahang tapi haram pernah pergi sana, sebab rasanya tak ada tujuan apa2 pun kat sana. Tapi kali ni bawak anak2. Lain sikit seronoknya. Anak2 sumernya tak sabar nak pergi..hari2 tanya. Hari Sabtu sumer bangun awal. Kalau hari sekolah sumer bangun lambat.. Kami bertolak dalam kul 9. Sampai kat Genting kul 10.00. Orang dah ramai. Genting sekarang tak macam dulu, sejuk. Sekarang, sejuk dia biasa jer..Tak yah pakai baju panas pun...Nak main satu mainan tur, bukan main lagi panjang berbarisnya..naik lenguh kaki. Dah lah macam2 minyak wangi aku bau. Nak termuntah pun ada. Nak wat camner, dah bayar kenalah berbaris tunggu turn...Kesian kat Along, nak main jer kena ukur tinggi..kalau lebih tinggi dari yang ditetapkan ..tak leh ler main..Angah ngan Ikah jerlah main..Mujur ler hujan turun dah petang..kalau tak sumer mainan tak leh main sebab kami amik Outdoor. Disebabkan tak leh main kat Outdoor kami pg masuk Snow World. Kena bayar asing lak..punyalah mahal...dewasa RM19 kanak2 RM17. Masuk 40 minit jer. Kat punyalah sejuk macam dalam peti ais kat umah jer..Ikah cam nak nangis sebab tak tahan sejuk..kalau kat umah dia ler suka bukak peti ais. Kat dalam lak bagi ais krim percuma..dah ler sejuk..makan ais krim lak..lagi ler sejuk..free kena amik... Terketar2 sumernya..Maklum ler tak pernah masuk tempat sesejuk itu..Nak amik gambar pun kena curi2. Tak sampai 40 minit kami dah kuar sebab anak2 tak tahan termasuk ler aku...Kami bertolak dari Genting balik rumah kul 8.30 malam. Alhamdulillah ... kami selamat sampai kat umah kul 10 lebih kurang.
Langgan:
Catatan (Atom)

