Citernya bermula macam ni ... ada jemputan kenduri dari sepupu Incik Aidil di Puchong Perdana ... plan nak pergi dengan mak saudara Incik Aidil. Lepas Zohor baru nak pergi katanya. Jadinya...bersiaplah selepas solat Zohor. Dalam pukul 2 memang dah ready semuanya sebab janji dengan long aka mak saudara pukul 2 ... tunggu2 tak datang lagi. Jadinya aku panaskan bubur baby Syira .. nak beri dia makan. Minta tolong Kak Lang hidupkan api dapur ... dah siap panas ... tutup api ... and beri Syira makan. Tak habis pun makannya ... yang balance ingat nak bawak pergi kenduri. Minta tolong Incik Aidil ambil tupperware kat dapur nak masukkan bubur yang balance tadi. Masa Incik Aidil pergi dapur ... dia ada bau hangit tapi tak syak apa2 ... tingkap dapur terbuka jadinya dia ingat jiran yang masak. Tiba2 dia nampak ada api kat dapur ... bukak kabinet yang ada tong gas tur ... memang tak duga ... api dah marak dekat bawah. Rupa2nya yang bau hangit tadi dari bawah dapur tur. Aku yang tengah nak pakaikan baju Syira .. terus masuk bilik air ambil tuala yang memang dah ada dalam baldi bawak pergi dapur. Api memang dah penuh bawah dapur tur sebab gas dah keluar ikut hos yang sambung kat corong dapur tur ... Aku panggil anak2 suruh keluar sebab rumah dah penuh asap ... dan suruh Along panggil jiran bawah ... jiran atas pun turun sebab nampak asap n dengar orang menjerit ... jiran tur ingat orang bergaduh ... jiran bawah pun naik ... api memang dah jadi besar ... tak tau nak buat macamana...pemadam api memang tak ada ... simbah air satu baldi n guna tuala basah ... Incik Aidil cuba tarik tong gas keluar ... tapi tong gas dah panas ... tak boleh nak pegang ... jiran pun tolong tarik .. melecur jari sikit ... bawak keluar tong gas takut meletup. Masa tur api dah hampir padam. Gas memang keluar sentiasa ... getah penutup gas tur dah cair sebab kena api. Panggil orang yang kedai runcit yang kami beli gas tur .. dan dia yang tolong tutupkan guna screwdriver ... Alhamdulillah ... Tak tau nak kata apa kalau semua tur jadi bila kami dah keluar pergi kenduri ... mujur masih ada dalam rumah dan mak saudara datang lewat ... satu rumah bau hangit ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan