Isnin, 5 Oktober 2015

First Time Klinik Kerajaan

First time aku bawak anak no. 5 ... Si kecik Syira ke Klinik Kerajaan sebab nak dapatkan cucuk bulanan.  Kalau tak aku bawak abang n kakak ke panel yang dekat ngan rumah. Dan cucuk pun boleh cucuk malam hari Jumaat sebab Sabtu n Ahad boleh jaga kalau demam.  Sekarang ni nak cucuk di panel pun susah.  Kena call dulu tanya ubat ada tak.  Sebab ubat selalu habis gara2 GST.  Itupun yang diberitahu oleh nurse kat kerajaan ... sebab dah ramai orang amik injection dekat klinik kerajaan.  Semua ubat kena GST ... jadinya swasta tak amik ubat untuk simpan stok lama.  Kata ubat2tan tak kena GST ... tapi haram ... ntah ubat yang mana tak kena GST.  Aku pun tak faham ... Jadinya, untuk mengelakkan Si kecik Syira terlepas injection bulanan, beraturlah aku di klinik kerajaan.  Setiap hari Selasa bila tiba tarikh injection.  Mujur Klinik Kesihatan Ampang dekat ngan rumah.  Ramai tur memang ramai ... nak tak nak terima jerlah.  Dekat Klinik Kesihatan Ampang ni dia bagi tarikh ikut daerah ... jadinya Kosas jatuh hari Selasa.  Jadinya tak bertembung dengan yang daerah lain.  Nak kata lama tur memang lama ... 3 jam adalah juga. 

Sekarang dah 5 kali Si Kecik Syira ke Klinik Kerajaan.  Mujur tak meragam .. bila nak menyusu ada bilik menyusu.  Cuma bila nak tidur ... nak berdodoi ... terpaksalah ke hulu hilir menggendong ... sampai tidur.
First Time kena cucuk ... 1 bulan ...

Sempat selfie ngan abah ..


pic google


Tiada ulasan:

Catat Ulasan