Semalam check up dengan Hospital Ampang .. cuti sehari. Alhamdulillah ... semuanya ok. Lepas ni pergi check up dengan klinik jer. Bila sakit baru datang Hospital Ampang. Amik kesempatan dek kerana dah dah cuti semalam kononnya nak cari batu sungai dekat Bukit Belacan. Pergi naik motor jer ngan Incik Aidil. Air memang surut gila ... dah bertahun2 tak pergi jenguk sana. Memang dah lain. Incik Aidil pun menyusuri sungai, walaupun aku tengok memang dah tak ada batu yang sesuai nak buat tungku waktu bersalin nanti. Air pun keruh semacam jer ... mungkin sebab cuaca sekarang ni panas. Dah cari batu pun tak ada .. ajak Incik Aidil balik ... nak sampai jer kat pintu gerbang keluar tur ada seekor beruk yang tengah tunggu kat tengah2 jalan ... ada gak bebudak yang naik motor patah balik tak jadi balik ... Incik Aidil pun nak buat pusingan ... nak patah balik sebab dia kata beruk bahaya .. kang dia kokak kang tak pasal2 jadi hal. Masa nak pusing motor tur ... beruk tur macam menuju kat kami berdua ... apa lagi .. nak jadi citer .. motor jatuh ... nasib baik aku boleh tahan lagi .. tak adalah kena hempap ngan motor tur. Alkisahnya sebab beruk tur nampak ada makanan dalam raga motor. Kuih limas yang aku beli untuk Kak Lang habis semua disebatnya .. 10 ketul tur ... Incik Aidil aku tinggalkan ngan beruk tur n ada ada orang tolong halau ngan batu .. tapi tak maunya berganjak ... sedap bebenor makan kuih. Last2 batu ke mana .. kuih pun ke mana .. amik ko .. memang tak diizinkan untuk mengambil batu kat situ gamaknya ...
Batu sungai dari Google ... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan