Selasa, 22 Julai 2014

Citer Pasal Persiapan Raya

Dah nak penghujung Ramadhan kita yer.  Masing2 sibuk dengan persiapan nak menyambut Hari Raya.  Minggu lepas memang minggu yang memenatkan sebab hujung minggu cari baju raya untuk anak2 .... Tahun lepas pergi gak shopping kat SOGO n KLCC ... tapi tahun ni pilih dekat dengan rumah jerlah.  Beli dekat Giant jer.  Jimat masa dan tidak bersesak2 di jalan raya ... lagipun Syahir dah besar ni susah sikat nak kawal.  Itupun masa dekat Giant ... tak duduk diam.  Incik Aidil ler mengawalnya ... sebab tak nak dipegang.  Nak berlari2.  Baju melayu aku dah beli masa balik kampung minggu sebelum tur.  Memang murah giler .. sepasang baju dewasa pun tak sampai RM50 hinggit.  Oklah tur ... jimat belanja.  Kalau nak diikutkan, tahun ni tak beli baju melayu sebab tahun lepas elok lagi ... tapi Incik Aidil nak yang baru sebab yang tahun lepas dia tak berkenan ... warna light purple ... beli dekat JUSCO.  Ikut jerlah ....

Nak citer sikit pasal balik kampung, amik cuti sehari sebab berjangkit dengan cuti Nuzul Quran.  Dapatlah duduk kampung lama sikit dari hari Sabtu hingga Selasa.  Sebab tahun ni raya, aku balik ke negeri Incik Aidil ... Perak.  Huhuhu ... Kebiasaannya memang balik satu negeri jer bila time raya.  Dah termaktub dalam perjanjian ... hihihi... Berkumpul adik beradik ... mana yang tak balik tur tak adalah.  Meriah berbuka puasa ramai2.  Sampaikan Angah minta nak raya tahun ni di Pahang ... huhuhu ... maunya Incik Aidil nak ubah jadual.  

Alhamdulillah ... semua persiapan raya dah siap ... cuma nak menjahit baju anak dara aku jer .. sebab labuh.  Nak beli yang ngam2 karang, ketat lak ..  Puasa dah nak sebulan, tapi badan tak susut juga anak ibu ni .. tak taulah.  Tak perlah, janji sihat yer..


1 ulasan:

  1. alhamdulillah, dah siap ye kak.....
    kita pon kira dah siap lah, malas nak beriya2 sangat, bersederhana dalam berbelanja..... hehe

    BalasPadam