Tengok maklumat terkini kat laman web SYABAS memang merisaukan ... yerlah dah dekat nak puasa ni ... kalau tak ada air memang menduga keimanan...nak masak lagi .. kalau tak masak ... camner nak beli kat pasar juadah sebab orang yang menjual tur pun sama tak ada air .. macamana kebersihan masakan mereka .... nak pulak el nino sekarang ni, panasnya lain macam. Nak mandi lagi .... nak simpan air karang, bukan ada tempat nak letak .... huhuhu ... memang dugaan sungguh ... hari tur dah kena dari bulan Februari sampai April kalau tak silap ... masalah air gak ... memang teruk ... sampai mandi kat ofis pun ada ... nursery anak pun kena bekal air ...
Dulu berjadual ... sekarang tak berjadual dah ... balik kerja semalam ... pengasuh Syahir dah bagitau air kat rumah dia dah slow sangat ... segala periuk belanga dah bawak turun ... kesian tengok ... Ada gak periuk belanga ... aku apa ada .. harapkan baldi jerlah ... itu pun tak cukup nak menampung. Kayalah kedai2 yang jual tempat simpan air yerk...mendadak naik harga tong2...
PENGUMUMAN SYABAS ...
Bekalan Air Terawat Yang Diterima Oleh Syabas Tidak Boleh Menampung Permintaan Menyebabkan Gangguan Bekalan Air Dan Tekanan Rendah Tidak Berjadual Di Lima Wilayah di Selangor Dan Kuala Lumpur bekalan Air Terawat yang Diterima Oleh Syabas Tidak Boleh Menampung Permintaan Menyebabkan Gangguan Bekalan Air dan Tekanan Rendah Tidak Berjadual di Lima Wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur
SIARAN SEGERA
25 JUN 2014
Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.
Beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun 2014 lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Ini berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut. Ia sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu. Walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya.
Sementara itu, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun 2014, disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.
Pengurangan pengeluaran air terawat dari LRA SSP1 dan LRA SSP3 mengakibatkan penurunan paras kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji rawatan air tersebut dan mengakibatkan gangguan bekalan air serta tekanan rendah.
Berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh SYABAS tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan. Antara kawasan yang telibat adalah seperti berikut:-
WILAYAH GOMBAK
| |
|
|
Jumlah Pintu Rumah: 218,940
|
WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
| |
|
|
Jumlah Pintu Rumah: 390,861
|
WILAYAH PETALING
|
|
Jumlah Pintu Rumah: 2,300
|
WILAYAH KUALA LUMPUR
| |
|
|
Jumlah Pintu Rumah: 146,875
|
Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif disalurkan ke kawasan yang terjejas. Ini kerana secara keseluruhan kapasiti bekalan air terawat sedia ada di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rezab bekalan air berada di sekitar kurang dari 1% atau negatif apabila berlaku permintaan puncak.
Pihak SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.
Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak SYABAS terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat. Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri.
Pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa.
Pada masa sama, pihak SYABAS menjangkakan para pengguna juga mungkin menghadapi kesukaran untuk menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) kerana kesesakan talian telefon PUSPEL dan mereka diminta bersabar jika terpaksa menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab.
Para pengguna di kawasan yang terjejas atau tidak dengan gangguan bekalan air diminta agar sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan. Sebarang penjimatan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.
-tamat-
PRISCILLA ALFRED
Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam
** Sementara itu, pihak SYABAS ingin menyarankan orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan