Isnin, 30 Julai 2012

Citer Menu Kampung

Tenggelam timbul aku ni yerk..sekejap ada..sekejap tak ada.  Bukan tak ada niat nak update tapi..keadaan tak mengizinkan...nak tengok facebook pun Incik Aidil yang tengokkan.  Memang malas sesangat .... huhuhu...Nak pulak time bulan puasa ni...lepas jer berbuka dan solat Maghrib dah tertidur kat atas kerusi dah...Incik Aidil tarawikh sampai pukul 10 lebih...anak2 pun semuanya tidur awal..penat berpuasa agaknya..N3 hari ni nak citer pasal balik kampung Sabtu n Ahad...memang aku sihat walafiat kat kampung.  Siap boleh masak lagi...itu yang Incik Aidil pelik tur..sebab kat KL aku tak boleh masak..tak larat..tapi kat kampung boleh lak...hahaha...tapi yang sebenarnya sebab ramai orang tolong...lagipun boleh buat macam2 menu..hari Sabtu tur menu berbuka memang dah suruh siap2 adik beli barang dapur..ayah dah stand by ketam nak suruh buat masak lemak, ayam seekor buat ayam percik, petai nak buat sambal petai, ikan patin buat tempoyak...fuhhhh terliur lagi ni.  Bertambah2 makan aku kat kampung..tak macam kat KL..memang makan sikit...Hari Ahad lak masak ikan bakar talapia, sotong goreng kicap, sambal petai lagi...hahaha...dan paling special kari ayam kampung...Lepas berbuka dan solat Isyak..bertolak balik KL..jalan boleh tahan banyak kereta...Kul 12 tgh malam baru sampai KL...penat badan tak hilang lagi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan