Isnin, 25 April 2011

Along & Marhaban

Hari ni malas sangat nak pergi kerja.  Badan macam tak sihat...macam jer..tapi sihat untuk berjalan n bekerja.  Cuma batuk sahaja.  Agaknya makan durian tengahari.  Hari Sabtu hari tu, ada durian yang aku simpan dalam tupperware kat dalam peti.  Anak aku keluarkan...amik ler padahnya..sakit tekak.  Cuaca hari Sabtu hari tur panas gak...lagipun hari tu aku n anak2 termasuk hubby pergi sekolah anak sebab ada majlis.  Semua sekolah agama Zon Ampang berkumpul.  Along masuk marhaban, tapi tak menang..tak apalah..sekurang2nya dia dah pandai marhaban.  Angah tak masuk2 apa pun...hubby lak pagi2 lagi dah kena jaga gerai PIBG jual makanan.  Maklum ler semangat tengah berkobar2 baru dilantik jadi AJK.  Majlis tamat pukul 3 lebih. Penat gak badan walaupun tak buat apa2.  Aku penat sebab mengawal anak dara aku main panas...sekejap hilang....
Tengah kusyuk makan dadih...

Along n Geng Marhaban...

Tahniah Along...

Add caption

Geng Marhaban di masa akan datang


Tiada ulasan:

Catat Ulasan