Jumaat, 26 Januari 2018

Tahfiz Tanpa Akademik

"Kenapa yer hantar anak pergi tahfiz tak ada akademik?"
"Selepas habis tahfiz nak ke mana pulak, boleh sambung belajar ke?"
"Macamana dengan masa depannya nanti, tak ada akademik tu?"

Macam2 lagi soalan orang tanya.  Kadang2 dah explain pun ada yang tak faham lagi.  Perlu kesabaran juga untuk hadapi soalan2 cepu emas tu.  Ada juga jawab dengan senyuman jer😏.  Tak apalah, biarlah apa pun tanggapan orang...yang penting pilihan untuk menghantar anak dara aku yang sorang tu tiada paksaan.  Kerelaan hati dia sendiri .... Dan aku tau sejauh mana tahap dia dalam akademik dan kelebihannya.  

Untuk memujuk hati ni, try google pengalaman ibu bapa yang hantar anak2 tanpa akademik.  Lega hati ini bila baca pengalaman2 yang cukup berharga bila anak2 menjadi seorang hafiz dan hafizah.  Akademik boleh dicari bila2 masa.  

Kak Lang, ibu harap Kak Lang dapat mencapai cita2 kakak untuk menjadi seorang hafizah.  

#rindunya hati
#menghitung hari 40 hari






kredit kepada http://maahadtahfiz-alfalahiyyah.blogspot.my atas artikel di bawah ini.  Untuk baca klik http://maahadtahfiz-alfalahiyyah.blogspot.my/2016/10/pelajar-tahfiz-tanpa-spm.html

PELAJAR TAHFIZ TANPA SPM

Tidak dinafikan banyak Maahad Tahfiz di Malaysia dapat melahirkan para huffaz (Penghafaz Al-Quran 30 Juzuk) tetapi para Huffaz ini hanya diberi Sijil Syahadah tanpa Sijil akademik seperti SPM. Mereka hanya ada Sijil Syahadah sahaja. 


Dengan Sijil Syahadah tanpa SPM , mereka tidak boleh melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Maka peluang untuk mereka seakan tertutup begitu sahaja. Mereka hanya boleh menjadi imam bilal di surau ketika bulan ramadhan.

Sedangkan mereka ini adalah pelajar yang bijak dan cerdik, hanya peluang untuk melanjutkan pelajaran tiada .. kerana kekurangan SPM.

Justeru, ibu bapa yang ingin menghantar anak menghafal Al-Quran ketempat yang tiada menyediakan pendidikan akademik, mesti tahu cara untuk mendapatkan Sijil SPM.

Pelajar boleh mengambil SPM terus (tanpa perlu menjalani Peperiksaan PT3 / PMR), caranya dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia berserta Dokumen dan Sijil Syahadah.

(sila rujuk halaman HALATUJU di Blog ini)


Apabila telah diluluskan dan dibenarkan mengambil SPM, mereka yang cerdik dan terang hati ini, hanya perlu diberi peluang untuk belajar akademik secara persendirian dengan menghadiri PUSAT TUISYEN - memang ! kena bayar lah sikit. Pelajar akan diajar pelajaran Tingkatan 1 hingga 5.

Disarankan ambil mata pelajaran 'tertentu sahaja' terutama mata pelajaran yang menjadi teras sebagai syarat kemasukan ke IPTA / IPTS. InsyaAllah mereka boleh dan mampu mendapat keputusan yang cemerlang setanding pelajar yang belajar sepenuhnya dari Tingkatan 1 hingga 5 disekolah harian biasa tanpa ada hafalan Quran. 

Maka bila mereka ada sijil SPM, mereka bolehlah memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara dengan mudah. Peluang mereka yang hafaz al-Quran ini lebih luas terbuka untuk terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi.


NOTA : Bagi pelajar Tahfiz yang langsung tidak mahu mengambil peperiksaan SPM, mereka juga berpeluang melanjutkan Pengajian di Timur Tengah (Arab Saudi, Jordan, Maghribi, Mesir) ... sila rujuk : www.mauizahrc.com

Berikut adalah coretan bekas Pelajar Tahfiz [sumber http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5759.0]


CORETAN 1


Hantarlah anak belajar al-quran sehingga syahadah. Selepas itu, tamat belajar al-quran dan syahadah, barulah ambil SPM tanpa perlu ambil PMR. Alhamdullilah, mereka ini dianugerahkan kepintaran luar biasa yang tidak siapa duga.

Mereka mampu belajar dan menghadapi peperiksaan dalam masa yang singkat. Ibu bapa mesti mengambil peranan utama untuk memberi sokongan



CORETAN 2


Rezeki pelajar al-hafiz ini memang sentiasa di berkati. Tidak semua yang di pilih oleh Allah Taala untuk menjaga al-Quran di dalam dada.. maka mereke ini sentiasa berjalan di bawah naungan Allah Taala kemana2 sahaja mereka pergi setelah mereka tamat.

Tidak di nafikan ada dari kalangan mereka yang mana tidak mempunyai SPM .. seperti mana yang pernah juga saya lalui. Ketika saya tidak mempunyai SPM, saya tidak boleh sambung ke pengajian tinggi seperti di UIA dan sebagainya. 

Akan tetapi, di sesetengah kolej di Malaysia, masih ada yang menerima pelajar yang tidak mempunyai SPM . Contohnya di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) di Terengganu, yang menerima pelbagai status pelajar. Di situ saya dapat meneruskan pelajaran saya ke peringkat Diploma, dan sekarang dapat melanjutkan Ijazah dalam bidang Syariah Dan Hukum ke luar negara.. dan banyak lagi kolej2 swasta..

Akan tetapi, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik, itulah yang memerlukan SPM. kerana SPM itu adalah sebagai asas untuk mereka meneruskan ke peringkat universiti nanti.

Oleh kerana di Malaysia telah menetapkan bahawa untuk berkerja juga memerlukan SPM, maka, saya telah mengambilnya tahun lepas sebagai kunci kerjaya masa depan saya. Alhamdulillah saya lulus dalam SPM walaupun tidak dapat mempelajarinya sepenuh masa kerana pada masa yang sama saya mempunyai ujian semester di Kolej.

ini sekadar pengalaman saya semata2.. 



CORETAN 3


Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana. 

Mereka telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor. 

Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz. 

Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu). 

Alangkah cerah masa depan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara kita, jika ramai lagi doktor berkualiti dapat dilahirkan yang bukan sahaja cemerlang dengan teori dan kemahiran klinikal bahkan turut memiliki ruh Al-Quran di dada mereka.

Tepatlah sifat Al-Quran itu sebagai penyembuh dan perawat segala penyakit.


2 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum. Nak tanya. Anak makcik perempuan yang puan sebut di atas tu, belajar di tahfiz mana ya?

    BalasPadam
  2. As reported by Stanford Medical, It is in fact the ONLY reason this country's women get to live 10 years longer and weigh an average of 19 kilos less than we do.

    (By the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret diet and really, EVERYTHING about "how" they eat.)

    P.S, What I said is "HOW", not "WHAT"...

    Click this link to discover if this little test can help you discover your true weight loss potential

    BalasPadam