Khamis, 29 Januari 2015

Mendobi Sendiri

Sekejap jer dah nak Jumaat yerk ... rutin hujung minggu macam biasa.  Nak pulak mesin basuh kat rumah aku dah rosak ... spin jer boleh ... bila wash tak boleh.  Nak angkut ker kedai repair karang ... sapa yang nak mengangkutnya.  Rasanya dah 2 minggu aku mendobi di kedai ... nak pulak sekarang ni ada kedai dobi yang kita tunggu terus kering tur.  Jadinya .. sediakan duit jerlah.  Kat umah aku a.k.a. Taman Kosas tur ada 2 kedai dobi cam tur ... jadinya sedia duit jerlah.  Ada mesin untuk 17kg, 10kg n 14kg...biasanya aku basuh guna mesin 14kg ...RM6 hinggit.  Kalau nak keringkan ... mesin kering RM4 hinggit ... amik ko...Nak tak nak ... terima jerlah.  


Camni ler rupa mesin Toshiba Auto kat umah aku yang rosak ... dah lama berjasa ..... mesin basuh ke-2 selepas semi auto Pensonic ... hihihi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan