Jumaat, 11 Julai 2014

First Time Bernasi Tomato Sempoi

Semalam buat pertama kalinya aku berjaya buat nasi ayam sempoi ... google kat HP kecik aku tur resepinya.  Cari yang paling mudah.  Memang tersangat senang ... masak pun sekejap jer ... tak payah nak fikir banyak2 lauk waktu bulan poser ni.  Hanya masak ayam masak merah jer.  Janji anak2 ibu berbuka dengan air tangan ibu ... alhamdulillah ... tahun ni memang tak banyak membeli di pasar Ramadhan.  Memang dah niat tahun ni nak masak untuk langkah penjimatan.  Lagipun Incik Aidil dapat balik awal ... jadinya sempatlah masak.

Okaylah berbalik pada citer Nasi Tomato Sempoi aku tur ... google punya google ... dapat resepi dari blog sarahzuki.blogspot.com .  Terus sms Incik Aidil yang memang nak ke kedai membeli ayam.  Simpanan lauk dak habis ... jadi kenalah beli petang semalam.  Terlintas tetiba nak masak nasi tomato.  Kalau sesapa nak cuba tur klik ler laman tur yerk...nak mencopy paste ni tak rajin ... lagipun kalau nak copy kena minta izin tuan tanah dulu .. jadi untuk menjimatkan masa ... terus jer klik link kat atas tur.  

Tak dapat nak snap gambar sebab semua dah masuk mulut ... habis masuk betul2 azan dah dilaungkan.  Senduk2 nasi terus makan.

psttt.... Seumur hidup sampai sekarang ni tak pernah masak nasi tomato.  First time buat memang menjadi ... sungguh teruja aku ... huhuhu (sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri).  Tq anak2 ibu n Incik Aidil bagi pujian ... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan