Isnin, 21 April 2014

Syukur Alhamdulillah ... Mangsa Lemas Ditemui

Hari Isnin yang penuh dengan kemalasan bila nak bangun pagi.  Intan Payung Syahir lak macam tau jer ... waktu cuti bangun awal .... waktu kerja bangun lambat.  Kena kejutkan baru bangun.  Paling dia tak suka bila buka lampu bilik.  Terpaksalah bermekap ala2 suram gitu ... lampu romantik ... huhuhu... Sebab kalau buka lampu mesti dia menangis .... Nak tidur dalam gelap ... tak boleh terang sangat .... Okaylah hari ni nak cerita pasal kawan anak yang lemas tempohari di longkang berdekatan Sekolah Kebangsaan Ampang.  Alhamdulillah ... syukur ke hadrat Allah sebab mayatnya telah ditemui di loji takungan air Smart Tunel, Kampung Berembang.    Katanya di bawah timbungan sampah ... sebab tur susah nak jumpa.  

Balik petang Jumaat hari tur ... bomba dan polis baru nak kemas khemah yang didirikan di sebelah Masjid Jamek Kampung Melayu Ampang.  Jadinya aku teka mayatnya dah ditemui.  Bila sampai nursery ... memang betullah tekaan aku.  Setelah 3 hari baru jumpa ... abangnya kenal melalui gelang getah KAPPA yang dipakai di tangannya. 

Entry aku tempohari pasal budak lemas.

Gambar kenangan dari Facebook Angah bersama-sama dengan arwah (berdiri di tengah sebelah baju merah) .... Angah duduk berbaju biru ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan