Sampai ke hari ni aku masih tak dapat nak lupa kejadian yang berlaku di ofis pada 12 Februari hari tur. Member ofis meninggal di depan mata aku ... aku yang turut mengangkatnya dari dalam toilet sebab sebelum tur dia jatuh dalam toilet. Memang tak dapat nak lupakan kejadian tur .... akak yang sentiasa tersenyum bila jumpa dan happy go lucky ... tetiba pergi untuk selama-lamanya. Memang senang cara pemergiannya. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Aminnn ....
Hari Jumaat hari tur ... baby Syahir tak sihat. Batuk dah datang ... bunyi batuk pun macam kucing ... kering jer. Kesian ... Baru nak elok ... dah tak sihat semula. Malam tur gak ajak Incik Aidil pergi klinik ... sebab tak sedap hati ... dalam hati berdetik gak, macam nak lelah jer Syahir ni ... bila doc check ... dah ada bunyi. Kena amik gas ... dan dapat ubat lelah sekali ... huhuhu ... memang yang tak duga tur, terjadi gak. Kalau boleh tak nak ... tapi semua tur dariNYA. Selepas ni kena berjaga2.... sebab tanda2 lelah tur dah ada. Alhamdulillah selepas amik gas ... paru2 clear ... dan hari ni cuma batuk berkahak sahaja yang tinggal. Moga-moga anak ibu cepat sembuh yer .. risau hari2 batuk.