Citer hujung minggu kami..hanya melepak di rumah...lagipun anak dara aku kurang sihat. Jumaat malam tur, tak berenti2 batuknya...2-3 jam ada rasanya..kesian tengok..last2 Incik Aidil ajak pergi klinik amik gas..sebab petang tur, doktor bagitau kalau dia batuk lagi tak berenti2...bawak klinik untuk amik gas. Bila sampai klinik..ingat tak ramai orang pukul 11 lebih..tapi ramai gak. Dekat klinik..batuk lagi...mujurlah bawak bekas...sebabnya setiap kali batuk mesti keluar lendir....tunggu turn lambat lagi...last2 pergi kaunter bagitau nak amik gas jer sebab anak tak berenti batuk...cakap2 sikit ngan nurse..terus masuk bilik untuk amik gas...last rasanya dia amik gas masa kecik...dah besar panjang ni tak pernah lagi...senanglah sikit bagi gas masa dah besar ni..tak yah nak pegang kaki tangan..kalau tak dulu...kaki tangan kena pegang..Bila doktor check sebelum amik gas, doktor cakap lendir tur ada kat kerongkong...tonsil pun dah bengkak dan luka berdarah serta ada nanah sikit...patutlah masa dia meludah nak buang lendir..asyik ada air liur campur darah jer...bila dah bagi habis gas tur, tak reda jugak batuknya..makin teruk ada. Habis dibatuknya depan doktor sampai doktor cari topeng tutup mulut untuk elak jangkitan...bagi aku kalau nak berjangkit tur, tutup ler kat mana2, dah nak sakit..sakit jugak...Bila anak dara aku batuk jer, doktor tur cakap "tutup mulut dik, nanti berjangkit dengan orang lain"...bukannya anak dara kena TIBI...dan bukannya budak besar tur tau nak pekup mulut bila batuk..laju jer aku potong cakap doktor sebab nak cepat keluar dari bilik doktor..kalau nak ikutkan Incik Aidil maunya lama berborak...citer tur citer ni..aku tak adalah....Doktor sempat tanya, nak pergi hospital tak?...aku kata cuba makan antibiotik dulu, sebab sebelum ni dapat ubat tak ada antibiotik..ntah naper doktor sebelum tur tak nak bagi antibiotik...lain doktor lain ubatnya...Nak tunggu amik ubat pun satu cerita..punyalah lama..tapi kat kaunter tur siap tampal lagi "Biar Lambat Asal Selamat"...ada gak cam tur erk...ingatkan kat jalan raya jer ada signboard tur...kat klinik pun ada. Alhamdulillah....bila makan antibiotik tur bertambah baik batuknya...Aku rasa jadinya macam tur sebab, dia ada makan ais krim masa demam kat sekolah agama...masa tur agaknya badan panas dalam...makan pulak ais krim...lagilah...past ni siap pesan..kalau tak nak masuk hospital....dan tinggal sorang2 kat hospital, jangan makan ais krim dan air sejuk...angguk tanda setuju...Jadinya hari Sabtu dan Ahad...duduk rumah sahaja...hari Ahad memang ada undangan kenduri kahwin di Bora Ombak, Sport Planet Ampang....anak jiran rumah lama kahwin..tapinya Incik Aidil ada bengkel Pengurusan Jenazah...semua tur cancel...