Khamis, 25 November 2010

Jenguk-Jenguk...Jap...

Dah lama tak jenguk blog aku ni..mujur ler tak lekat sawang lagi...minggu ni minggu bz.  Kejap mesyuarat tur kejap mesyuarat ni..tur yang tak dapat nak bukak blog aku ni.  Hari cam biasa..tak ada beza dengan hari2 yang lepas.  Anak2 tak sekolah cuma Angah ngan Ikah kena dok gak nursery.  Along tinggal kat rumah..Along dah besar dah pandai urus diri..Angah nak gak tinggal kat umah, tapi aku tak percaya.  Kalau dah duduk berdua macam2 boleh jadi.  Pagi2 aku tinggal note suruh Along tolong jemur kain, angkat kain, basuh pinggan dan ulangkaji.  Kalau tak tinggal main cakap mulut jer, haram dibuatnya.  Daripada dia tengok tv dan main game baik buat kerja sikit.  Bukan banyak pun..Biasanya kalau aku balik memang dia dah buat.  Lagi satu, note tur lak kena tampal kat skrin tv kalau tak dia lupa.  Sebab bangun jer tidur, lepas solat Subuh tidur lagi.  Aku malas nak kejutkan nak bagitau, sebab kalau cakap mulut tentu dia lupa.  Along dah boleh buat sumer kerja tur, antara rajin ngan malas jer.  Bukan nak mendera tapi nak ajar hidup berdikari.  Aku ngan adik beradik cam tur ler mak ajar.  Kecik2 dah turun ke dapur.  Basuh kain sendiri.  Basuh pinggan sendiri.  Sapu sampah.  Sumer tur untuk mengajar kita supaya bila besar nanti kita tak terkial2 nak buat.  Oklah ...tur jer untuk hari ni..nak sambung wat kejer..kejer..kejer..kejer...

Ahad, 21 November 2010

Citer Hari Ahad

Hari ni kena pegi ofis sebab boss call ada kerja perlu dilunaskan.  Ntah camner aku terlupa..tapi tak apalah..tak lama pun.  Lagipun rumah tak ada air..sumer mandi kat ofis..huhuhu..ssshhhh..rahsia...
Boss tak datang..aku ngan anak2 jer..biasalah pilot kena datang gak..kalau dak saper nak bawak...dalam tengahari kerja aku selesai..siap2 emel kat boss..aku balik sebab ada appointment ngan agen rumah lak..nak tengok rumah...

Jumaat, 19 November 2010

Tak Sempat

Hari ni bizi ckit jer..nak siapkan powerpoint untuk mesyuarat Isnin ni.  Memang sekarang mesyuarat tiap-tiap bulan...mood nak kejer pun hilang kalau cam tur...Selagi pemegang tahta tak turun, camni ler gayanya.  Kadang2 nak kawal gak emosi diri supaya tidak terlalu melampaui batas2 tapi...aku tak boleh...sebab apa yang berlaku memang camni...kalau nak mesyuarat mesti ada jer yang tak betul...Boss suruh datang hari Ahad kejer...Aku tak leh datang, ada program lain.  Last2 amik keputusan wat kejer dari rumah jerlah..nak wat camner..saya yang menurut perintah! 

Khamis, 18 November 2010

Teknik Mengetahui Kek Mengandungi Arak

Hari ni aku dapat emel nie..sekadar ingin menyampaikan apa yang difikirkan perlu dikongsi bersama...Wallahualam...Renung2kanlah...

Kandungan email yang aku dapat.

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.  Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.  Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.  Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.  Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.


Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.  Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.  ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.  Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.  Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.


Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek. 

Sekian


Chef Farid

Kembali Bertemu Di AidilAdha

Sehari sebelum Hari Raya AidilAdha aku cuti sebab ada majlis penyampaian hadiah.  Prepare untuk sambut Raya AidilAdha...tiada2 apa2 yang istimewa...bila tanya hubby nak masak apa?  Tiada jawapan..last2 aku wat bihun sup jer untuk keluarga...maklum lah Hari Raya AidilAdha tak semeriah Aidilfitri..cukuplah alar kadarnya sahaja...Hari ni masuk ofis cam biasa..mood cam kurang ckit..ntah naper..agaknya rasa nak cuti lagi kot..huhuhu...

Isnin, 15 November 2010

Tahniah Along...

Esok hari penyampaian hadiah kat sekolah Along.  Aku kena cuti ... Hari tur Angah dapat hadiah...hubby amik cuti.  Sekurang2nya dengan kehadiran ibu n abah, anak2 ibu bersemangat .  ekolah bagi penghargaan kepada murid2 yang menunjukkan prestasi cemerlang masa periksa akhir tahun.  Prestasi Alonog meningkat berbanding ngan periksa pertengahan.  Jadilah Along..sekurang2nya Along dah tunjukkan Along boleh buat..cuma kena usaha sedikit lagi untuk capai yang tertinggi...Insyaallah..Jika Along berusaha tak mustahil Along boleh dapat..USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN..Good Luck Along..Ibu Sayang Along...Moga2 besar nanti jadi anak yang mendengar kata2 ibu n abah, hormat orang tua dan jadi anak yang soleh. Amin...

Gotong Royong SRA Kampung Melayu Ampang

13/11/2010 hari tur aku ngan hubby ikut serta dalam gotong royong di SRA Kampung Melayu Ampang.  Angah ngan Ikah pergi sekali.  Along tak nak pergi...Gotong royong bersih kawasan sekolah ngan tanam pokok2 bunga n buah2an.  Sampai melecet jari hubby aku dek kerana jarang pegang cangkul...baru turlah menyangkul nak tanam pokok..aku lak letak pokok bunga dalam lubang yang dah digali...sebab tur tak ada gambar masa tanam2 pokok..sebab jurugambarnya ... aku ler... wat kejer sekali...hahahaha..